Thursday, August 20, 2009

Unit Amanah salah satu cabang pelaburan yg BIJAK !!!



PENGHASILAN Harta (Wealth Creation) merupakan langkah permulaan interaksi seseorang itu dengan harta. Harta boleh dihasil dan dikembangkan menerusi pelbagai kaedah; antaranya menerusi kaedah pelaburan.

Hakikat dalam kehidupan ini, harta perlu dicari dan tidak hanya pasrah pada qadak dan qadar seperti dalam surah al-Juma'ah ayat 10 yang bermaksud: Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.

Justeru, harta yang dimiliki tidak wajar disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Malah Islam melarang membekukannya agar manfaatnya dapat dirasai oleh ramai orang sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hasyar ayat 7 yang bermaksud: Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).

Naluri untuk memiliki kekayaan ada pada setiap manusia. Manusia akan sentiasa berfikir mencari jalan bagaimana untuk membaiki kehidupannya.
Maka tidak hairan jika hari ini kita dihidangkan dengan pelbagai kaedah untuk mengumpul kekayaan dengan pelbagai nama atau label.
Pelbagai pendekatan digunakan termasuklah unsur-unsur Islam bagi menarik masyarakat menyertai skim atau pelan pelaburan yang ditawarkan.



Sebagaimana yang diketahui umum, di negara kita ini ada badan atau institusi seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mengawalselia aktiviti berkaitan kewangan agar kepentingan masyarakat terjamin dan tiada yang mengambil kesempatan.

Masyarakat perlu bijaksana dan memiliki ilmu-ilmu asas berkaitan kewangan ini agar langkah perlu dapat diambil sebelum membuat sebarang komitmen khususnya yang berkaitan dengan kewangan.

Alhamdulillah, kita cukup bertuah berada di negara yang mempunyai kerangka perundangan berkaitan kewangan yang sangat kondusif di mana masyarakat tidak perlu ragu atau takut menyertai skim atau pelan pelaburan yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang sah, hak dan kemaslahatan mereka terjamin.

memberangsangkan

Di antara kaedah pelaburan yang ada dan popular di dalam industri kewangan negara adalah Unit Saham Amanah.
Adalah sangat memberangsangkan bahawa industri unit amanah negara kita bernilai berbilion ringgit dan terbuka luas kepada semua lapisan masyarakat untuk diterokai.
Mengikut satu sumber yang dikeluarkan pada tahun 2008 dalam tempoh 15 tahun sejak 1992, jumlah aset yang diuruskan oleh syarikat unit amanah berkembang dari RM400 juta ke RM71,005 bilion.

Menurut SC, pada Disember 2007, industri unit amanah Malaysia berkembang 15.32 peratus dalam pasaran ekuiti berbanding 6.4 peratus pada tahun 1992.
Perkembangan ini menggambarkan bahawa peluang terbuka luas kepada semua lapisan masyarakat untuk menjana pendapatan menerusi kaedah pelaburan yang sah dan terjamin.
Dari sudut sejarah pelaburan menerusi unit amanah ini pertama kali dilancarkan di United Kingdom pada tahun 1931 oleh M&G. Di Malaysia, ia bermula dengan pembentukan Malayan Unit Trust Ltd. pada tahun 1959.

Unit amanah ini adalah satu bentuk pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus dana profesional.
Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan SC ke atas Dana Unit Amanah.

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit/Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.



Melabur dalam unit amanah adalah satu cara terbaik dan ideal mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap.
Di samping itu, risikonya juga kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.
Di antara kelebihan melabur dalam unit amanah adalah pelaburan di dalam dana unit amanah diurus selia oleh pengurus dana profesional, berpeluang melebarkan portfolio pelaburan, transaksi yang mudah, kurang berisiko, boleh mencairkan unit-unit pada bila-bila masa dan potensi pertumbuhan modal yang lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank.

Umat Islam di negara ini tidak perlu risau kerana industri unit amanah negara sama dengan industri kewangan yang lain di mana unit amanah Islam telah ada dan semakin berkembang.
Kita semua faham bahawa Islam menyuruh agar harta dikembang atau dilaburkan. Namun kita perlu meletakkan matlamat untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dengan memastikan aktiviti pelaburan itu menepati hukum syarak yang berasaskan kepada al-Quran, al-sunnah, ijmak, qiyas dan ijtihad.

Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 26, maksudnya: Hai orang - orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.

Justeru, pelaburan yang diterima dan sah di sisi Islam adalah pelaburan yang menepati prinsip pelaburan daripada perspektif Islam. Unit amanah Islam dari sudut mekanismenya adalah sama dengan unit amanah konvensional, cuma berbeza dari beberapa sudut antaranya dari sudut kontrak Syariah yang diaplikasikan. Ia jelas serta telus dan juga dari sudut pelaburan, ia dilaburkan dalam pelbagai portfolio yang mematuhi syariah. Sekuriti yang patuh Syariah adalah sumber pelaburan utama unit amanah Islam.

Industri unit amanah ini bukan sahaja menawarkan peluang pelaburan kepada masyarakat untuk menambah pendapatan tetapi turut menawarkan peluang pekerjaan di mana mereka yang layak boleh menjadi ejen unit amanah ini sama ada sepenuh masa mahupun separuh masa.
Kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah sangat menarik dan kompetitif serta mampu memberikan peluang pendapatan berterusan yang sangat menggalakkan. Kerjaya ini menjanjikan peluang yang cukup luas untuk seseorang mendapat pendapatan seberapa banyak yang diingini kerana apa yang diperoleh adalah bergantung pada keinginan diri sendiri.
Islam menuntut agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni. Firman Allah ayat Hud: 61 yang bermaksud: Dia yang menghidupkan kamu di muka bumi ini dan memerintahkan supaya kamu membangun dan membina kehidupan yang harmoni di atasnya.

Islam juga menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat".

Namun, dalam keghairahan mengejar kekayaan jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang menawarkan keuntungan berlipat ganda menerusi pelbagai kaedah kreatif yang menggunakan nama-nama seolah-oleh ia satu pelaburan secara Islam, takut nanti bukan laba yang diraih tetapi bala yang datang!




Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan unit amanah boleh dapatkan panduan disini atau hubungi saya menerusi email di zairules@yahoo.com / no tel :0172918692 ( En.Ahmad- Unit Trust Consultant )

Sunday, August 9, 2009

"RAHSIA AFFILIATE KERAJAAN" !!!

Tahun 2012 Zaman Kegawatan Ekonomi Paling Buruk Dalam Sejarah?
Salam hormat SAHABAT !

Saya doakan anda sihat sentiasa..

Sebenarnya... itu adalah andaian yang dibuat oleh
penganalisa ekonomi dunia. Perkara ini telah pun
diwar-warkan pada tahun lepas lagi.

Bagaimana jika andaian ini benar-benar terjadi?

Yang pasti, banyak perkara yang akan berlaku seperti :

1. Ramai yang akan dibuang kerja.

2. Inflasi meningkat dengan mendadak.

3. Harga barang semakin mahal.

4. Makin ramai yang menjadi miskin.

5. Income Rm2,000 belum tentu cukup.

Pendek kata, macam-macam boleh berlaku. Persoalannya
adakah anda bersedia untuk berdepan dengan masalah
kegawatan ekonomi tersebut sekali lagi?

Adakah SAHABAT telah ada sumber pendapatan
sampingan sebagai persediaan sekiranya dibuang kerja?
Adakah duit simpanan anda dapat menampung krisis
ekomoni yang berlaku nanti?

Sekiranya anda belum membuat sebarang persediaan
dan duit simpanan anda masih lagi tidak mencukupi,
maka inilah masanya untuk anda bertindak...

Macam mana hendak bertindak?

Mudah sahaja... mulakan empayar bisnes internet anda
pada hari ini melalui sebuah pakej yang akan membantu
SAHABAT mendapat income sampingan dari 4 sumber
iaitu...

"Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional"

Ketahui rahsia bagaimana mendapat income dari 4
sumber daripada internet dengan klik link di bawah :
http://www.bisnesinternetpro.com/index.php?ref=zairul


SAHABAT perlu bertindak! Jangan sampai tahun
2012 menghantui anda!

Nantikan email saya yang akan datang!

Sekian.
[ZRL]

[http://www.bisnesinternetpro.com/index.php?ref=zairul]



Flying Eagle Pictures, Images and Photos

""RAHSIA AFFILIATE KERAJAAN"




4 Teknik Pemasaran Internet Affiliate Kerajaan..

Salam 1 Malaysia,..hahaha :)

Adakah anda:

1. Minat nak buat bisnes internet, tapi tak tahu nak mula?

2. Nak mula, tapi tiada modal?

3. takde produk, camne nak bisnes?

4. Nak promosi, tak tahu?

5. Sibuk kerja, mana ada masa?

6. Atau macam-macam lagi halangan?

Betul tak apa yang saya kata tu?

Disebabkan masalah-masalah inilah, Rahsia Affiliate Kerajaan
Dibongkarkan oleh JaMaL, seorang Internet Marketer yang
berpengaruh.

Beliau berkongsikan rahsianya untuk bantu mereka yang
miliki masalah seperti di bawah :

1. Nak kawin, tak cukup duit..
2. hutang kad kredit banyak..
3. hutang PTPTN tak bayar..
4. nak bayar bil api air selalu tak cukup..
5. dapat gaji, habis…
6. atau apa-apa masalah kewangan..

JaMaL bongkarkan rahsianya menjana income di internet
dengan promosikan produk-produk orang…

Inilah dipanggil Affiliate…

1. Tak perlu produk..
2. tak perlu web
3. tak perlu urus pembeli
4. tak perlu masa lama ..

ya, mudah dengan affiliate ini..syaratnya anda perlu
ketahui yang sebenarnya membuat promosi..

Yang paling penting, promosi..promosi..promosi..

Jika anda ingin ketahui rahsia Affiliate Kerajaan ini
lebih lanjut, klik di bawah:


Thanks..

Ikhlas,
[ZRL]



"EMAS-Bersifat Kekal Sehingga Ke Akhirat."



Jika semua produk pelaburan buatan manusia tiba-tiba lenyap, emas menjadi pelaburan sahih yang masih mempunyai nilai. Ini sudah terbukti sejak jatuh bangun tamaddun dunia. Pelaburan kuno ini juga disebut beberapa kali dalam Al Quran. Tidak disebutkan tentang pound British, dollar Amerika atau Renminbi Cina. Wang kertas cuma ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas logam ciptaan Tuhan yang bersifat kekal sehingga ke akhirat. Tetapi sejauh mana pengetahuan kita tentang pelaburan emas berbanding wang kertas? Dengan ebook ini anda akan mendapat pengetahuan praktikal dan teori untuk amalan tempatan dan antarabangsa. Juga peluang berinteraksi dengan pakar pelaburan emas. Semuanya dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami rakyat jelata.



Rahsia Menjana Kekayaan Dengan Emas DIBONGKARKAN!!

Salam,

Tahukah anda bahawa bagaimana ramai tokey-tokey kedai emas/pajak gadai boleh kaya?

Adakah mereka tu ada buat bisnes lain seperti buka restoran, buka kedai, buka kilang ataupun lain-lain. Kalau tiada, bagaimana mereka boleh KAYA? Pelik juga kan.

Yang sebenarnya, kekayaan mereka hanya datang dari satu sumber iaitu EMAS. Ya, dengan EMAS. Dengan bergantung pada emas saja, mereka mampu menjadi kaya-raya sehinggakan ramai yang jadi JUTAWAN.

Kita pula bagaimana? Adakah kita juga perlu buka kedai emas untuk menjadi kaya seperti mereka? Adakah kita mampu menyediakan modal yang amat besar untuk membuka kedai emas? Ya, sudah pasti!

Sebenarnya, tanpa membuka kedai emas, kita mampu untuk menjana kekayaan dengan emas. Memang benar apa yang saya sampaikan, cuma anda ragu-ragu dengannya, bukan?

Terdapat banyak cara untuk menjana kekayaan dengan emas. Anda boleh memulakan pelaburan sendiri ataupun melalui orang tengah. Adalah disyorkan anda melabur melalui diri anda sendiri tanpa melibatkan orang tengah supaya keuntungan yang anda bakal perolehi lebih lumayan dan tiada risiko ditipu oleh orang tengah.

Anda tidak tahu bagaimana untuk melabur emas? Jangan risau. Baru - baru ini, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas telah dilancarkan di pasaran Malaysia. Panduan dalam bentuk ebook ini akan mengajarkan anda bagaimana melabur dengan emas. Yang pasti, walaupun anda tidak belajar tinggi sekalipun, anda mampu untuk mengikuti panduan pelaburan emas ini.

Dengan itu Ebook Emas-Emas Yang Hilang - Rahsia menjana kekayaan dengan emas sdibongkarkan!! ini telah diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada rakyat kita untuk menceburi bidang pelaburan emas.

Untuk mengetahui lebih lanjut, terus saja ke laman web tersebut.


Sekian,
[ZRL]

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!
[ ]

Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.
Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web di bawah.


Ikhlas,
[ZRL]


Salam hormat,..

Kajian yang dilakukan tentang penguna dan pembaca blog




Menerusi kajian ‘A Corporate Guide to the Global Blogosphere’ atau Panduan Korporat untuk Dunia Blog Global yang dijalankan oleh Edelman, didapati bahawa majoriti pembaca blog seluruhdunia adalah datangnya dari pengguna Asia. Jepun mencatat keseluruhan 74% pembaca blog aktif, Korea Selatan 43% dan China 39% secara keseluruhan.

Jumlah yang ketara ini dikatakan terdorong daripada kecenderungan masyarakat Asia mengikut hal ehwal semasa yang berlaku di negara masing - masing berikutan kepercayaan terhadap media tempatan semakin berkurang. Blog menjadi medan untuk mereka mengetahui pelbagai informasi yang berkaitan dengan negara dan masyarakat. Pembaca blog dari Amerika pula mencatat 27% manakala negara - negara Eropah mengambil 23% daripada keseluruhan pembaca blog dunia.



Di Malaysia pula bidang blog ini masih baru dan sedang semakin popular pada anak-anak muda dan untuk pengetahuan anda semua di Malaysia ini ,siaran television seperti prima pun telah mengadakan sesi untuk temuramah untuk para blogger.Nampaknya bidang perniagaan melalui blog ini semakin Popular di Malaysia ini



Salam hormat
[ZRL]


http://www.rahsiablog.com/index.php?ref=zairules


Saturday, August 8, 2009

Rancang Matlamat Kewangan Peribadi Anda



Rancang Matlamat Kewangan Peribadi Anda
Dalam setiap kehidupan manusia sememangnya anda perlu mempunyai matlamat begitu juga dengan kewangan seharusnya anda sudahpun merancang atau mempunyai impian anda sendiri untuk dicapai dalam kehidupan.

Dalam merancang matlamat kewangan ada beberapa perkara yang seharusnya diberikan perhatian terlebih dahulu antaranya adalah menilai matlamat anda tadi dengan SMART. Apa itu SMART yang saya maksudkan?.

Mari saya jelaskan apakah maksud SMART yang perlu ada dalam merancang matlamat kewangan.

SPECIFIC
Matlamat anda perlulah spesifik, fokus, jelas dan konkrit. Tak boleh mempunyai matlamat yang kabur dan main-main. Stick dengan matlamat anda, contohnya anda mahukan kebebasan kewangan, dan itu jelas bahawa anda inginkan kebebasan kewangan dan bukannya mahukan hutang bertimbun-timbun.


MEASUREABLE
Matlamat anda boleh diukur. Yakni ia boleh diketahui sejauh mana kesan, result dan implikasinya pada kita. Contohnya anda telah laksanakan bisnes dan mula mengaut untung secara berterusan dan ini memberi kesan kepada aliran tunai positif anda lebih baik dan dapat menampung lebih banyak aliran keluar. Ianya boleh diukur secara statistik matematik. Hatta kemajuan di dalam bisnes semuanya boleh diukur melalui graf dan penyata imbangan duga.

ACHIEVABLE
Matlamat anda mampu dicapai.. Janganlah anda buat matlamat yang bukan² dan merepek misalnya ingin kahwin dengan alien dan seumpamanya. Pastikan matlamat anda itu relevan, boleh dicapai dengan usaha, minda dan masa.

REALISTIC
Matlamat anda perlulah realistik dengan keadaan semasa. Contohnya secara praktikal anda mampu mencapai kebebasan kewangan dengan berpuasa setiap hari di bulan bukan Ramadhan dan jimat duit makan. Tetapi tak perlulah berpuasa sekiranya sakit atau sampai memudaratkan. Kenelah realistik dengan situasi semasa, jangan jadi terlalu idealis untuk jimat duit sehingga tidak kena pada tempatnya. Kenelah fikir dengan bijaksana dalam menentukan strategi yang realistik agar ia dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang.

TIME-BOUND
Matlamat anda mempunyai deadline atau tarikh tertentu untuk mencapainya. Katakan anda nak kahwin dengan pasangan sehati sejiwa anda 2 tahun lagi iaitu pada tarikh 2 Februari 2012 maka itulah tarikh deadline anda. Dari segi kewangan, persiapan, kad jemputan tarikh yg betul, tok kadi mesti confirm datang pada waktu itu dan segalanya lancar sebelum mencapai deadline yang ditetapkan. Jika tidak alamat tak kahwin la terpaksa tangguh pula. So Time Bound ini penting utk anda tetapkan matlamat yang realistik dan praktikal. pastikan anda ambil berat tentang masa kerana ia lebih mahal daripada emas...

Selain dari itu matlamat anda tadi harus dikategorikan kepada 3 iaitu matlamat jangka pendek (dalam tempoh sebulan) , matlamat jangka sederhana ( 1 hingga 5) dan matlamat jangka panjang ( lebih dari 5 tahun ).

Antara matlamat yang boleh anda rancang mengikut ketetapan masa adalah seperti dibawah:-

JANGKA PENDEK

1. Mulakan simpanan kecemasan

2. Mengurangkan hutang

3. Melabur dalam pasaran saham

JANGKA SEDERHANA

1. Simpanan bagi pembelian kereta/rumah/dll

2. Meningkatkan perlindungan takaful nyawa/harta

3. Memulakan perniagaan

JANGKA PANJANG

1. Memunaikan haji

2. Simpanan pesaraan

3. Pendidikan anak

4. Mewakafkan harta( infaq)

Kesemua matlamat ini perlu mempunyai masa untuk dicapai dan perlu diketahui dari masa sumber untuk dapatkan kewangan bagi mencapai matlamat tadi.
Dengan menulis matlamat anda boleh mula merancang ke arah mencapai matlamat anda tadi dengan memulakan simpanan dan beriktiar supaya ianya tercapai seperti apa yang dirancang.

Alternatif pelaburan untuk anda

Pelaburan Unit Amanah

Pelaburan Emas


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Urban Designs