Saturday, August 8, 2009

Rancang Matlamat Kewangan Peribadi Anda



Rancang Matlamat Kewangan Peribadi Anda
Dalam setiap kehidupan manusia sememangnya anda perlu mempunyai matlamat begitu juga dengan kewangan seharusnya anda sudahpun merancang atau mempunyai impian anda sendiri untuk dicapai dalam kehidupan.

Dalam merancang matlamat kewangan ada beberapa perkara yang seharusnya diberikan perhatian terlebih dahulu antaranya adalah menilai matlamat anda tadi dengan SMART. Apa itu SMART yang saya maksudkan?.

Mari saya jelaskan apakah maksud SMART yang perlu ada dalam merancang matlamat kewangan.

SPECIFIC
Matlamat anda perlulah spesifik, fokus, jelas dan konkrit. Tak boleh mempunyai matlamat yang kabur dan main-main. Stick dengan matlamat anda, contohnya anda mahukan kebebasan kewangan, dan itu jelas bahawa anda inginkan kebebasan kewangan dan bukannya mahukan hutang bertimbun-timbun.


MEASUREABLE
Matlamat anda boleh diukur. Yakni ia boleh diketahui sejauh mana kesan, result dan implikasinya pada kita. Contohnya anda telah laksanakan bisnes dan mula mengaut untung secara berterusan dan ini memberi kesan kepada aliran tunai positif anda lebih baik dan dapat menampung lebih banyak aliran keluar. Ianya boleh diukur secara statistik matematik. Hatta kemajuan di dalam bisnes semuanya boleh diukur melalui graf dan penyata imbangan duga.

ACHIEVABLE
Matlamat anda mampu dicapai.. Janganlah anda buat matlamat yang bukan² dan merepek misalnya ingin kahwin dengan alien dan seumpamanya. Pastikan matlamat anda itu relevan, boleh dicapai dengan usaha, minda dan masa.

REALISTIC
Matlamat anda perlulah realistik dengan keadaan semasa. Contohnya secara praktikal anda mampu mencapai kebebasan kewangan dengan berpuasa setiap hari di bulan bukan Ramadhan dan jimat duit makan. Tetapi tak perlulah berpuasa sekiranya sakit atau sampai memudaratkan. Kenelah realistik dengan situasi semasa, jangan jadi terlalu idealis untuk jimat duit sehingga tidak kena pada tempatnya. Kenelah fikir dengan bijaksana dalam menentukan strategi yang realistik agar ia dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang.

TIME-BOUND
Matlamat anda mempunyai deadline atau tarikh tertentu untuk mencapainya. Katakan anda nak kahwin dengan pasangan sehati sejiwa anda 2 tahun lagi iaitu pada tarikh 2 Februari 2012 maka itulah tarikh deadline anda. Dari segi kewangan, persiapan, kad jemputan tarikh yg betul, tok kadi mesti confirm datang pada waktu itu dan segalanya lancar sebelum mencapai deadline yang ditetapkan. Jika tidak alamat tak kahwin la terpaksa tangguh pula. So Time Bound ini penting utk anda tetapkan matlamat yang realistik dan praktikal. pastikan anda ambil berat tentang masa kerana ia lebih mahal daripada emas...

Selain dari itu matlamat anda tadi harus dikategorikan kepada 3 iaitu matlamat jangka pendek (dalam tempoh sebulan) , matlamat jangka sederhana ( 1 hingga 5) dan matlamat jangka panjang ( lebih dari 5 tahun ).

Antara matlamat yang boleh anda rancang mengikut ketetapan masa adalah seperti dibawah:-

JANGKA PENDEK

1. Mulakan simpanan kecemasan

2. Mengurangkan hutang

3. Melabur dalam pasaran saham

JANGKA SEDERHANA

1. Simpanan bagi pembelian kereta/rumah/dll

2. Meningkatkan perlindungan takaful nyawa/harta

3. Memulakan perniagaan

JANGKA PANJANG

1. Memunaikan haji

2. Simpanan pesaraan

3. Pendidikan anak

4. Mewakafkan harta( infaq)

Kesemua matlamat ini perlu mempunyai masa untuk dicapai dan perlu diketahui dari masa sumber untuk dapatkan kewangan bagi mencapai matlamat tadi.
Dengan menulis matlamat anda boleh mula merancang ke arah mencapai matlamat anda tadi dengan memulakan simpanan dan beriktiar supaya ianya tercapai seperti apa yang dirancang.

Alternatif pelaburan untuk anda

Pelaburan Unit Amanah

Pelaburan Emas

0 comments:


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Urban Designs